Pergerakkan Bumi

Bumi memutar atas paksinya daripada Barat ke Timur dalam tempoh 24jam. Bahagian Bumi yang menghadapi Suria akan mengalami siang dan bahagian Bumi yang  sebaliknya akan mengalami malam.

Dari perspektif kita di Bumi, kelihatan Matahari naik di langit Timur , melintasi langit tempatan dan Matahari terbenam atau ghurub, ketika waktu maghrib di langit Barat.

Bumi adalah planet ketiga diantara 8 planet dalam sistem Suria. Setiap planet dalam sistem suria akan mengelilingi Matahari dalam tempoh yang beralainan.

Planet yang hampir dengan Matahari mempunyai tempoh masa yang lebh singkat berbanding dengan planet yang lebih jauh daripada Matahari

Bumi mengelilingi Matahari dalam tempoh 365.2425hari, ( 365 hari 5jam 49 min 12 s) iaitu satu tahun dalam sistem kalender syamsiah.

Orbit Bumi mengelilingi Matahari adalah berbentuk elips dan ini menyebabkan kelajuan Bumi menjadi perlahan ketika ia jauh daripada Matahari atau laju bila dekat dengan Matahari dan paksi Bumi juga tercondong dengan satah orbit ini sebanyak 23.5 darjah.

Bumi paling dekat dengan Matahari dalam bulan Januari ( Perihelion) dan paling jauh daripada Matahari pada bulan Julai ( Aphelion) setiap tahun.