Maklumat yang diberikan mizwalah mengikut huruf dalam gambar:
Waktu solat dengan garisan berwarna hijau menujukkan:
a. 2.5 jam selepas waktu Fajar
b. 2 jam selepas waktu Syuruk
c. Waktu Zohor
d. Waktu Asar
e. 2 jam sebelum waktu Maghrib dan
f. 2.5 jam sebelum waktu Isya.
g. Waktu ketara tempatan, yang telah diambilkira zon waktu Malaysia di longitud 120 darjah, dengan garisan berwarna hitam, daripada 9 pagi hingga 5 petang.
h. Waktu di Makkah diberikan dengan nombor Arab daripada jam 4 pagi hingga 12 tengahari
i. Deklinasi Matahari– Garisan Sartan (22hb Jun), Garisan Jadi (22hb Disember) dan Garisan Khatulistiwa (22hb Mac/22 Sept) ditandakan dengan garisan warna oren. Ia akan menunjukkan kedudukkan matahari atas langit dalam perjalanannya dalam setahun.
j. Ulangtahun tarikh kemerdekaan Malaysia, 31 Ogos 1957 ditandakan dengan garisan melintang berwarna kuning
k Ulangtahun tarikh penubuhan Lembaga Tabung Haji pada 30 September 1963 ditandakan dengan garisan melintang berwarna kuning.
l. Tarikh awal bulan ditandakan dengan garisan pendek berwarna biru bagi bulan Januari hingga Jun, dan warna merah untuk bulan Julai hingga Disember. Garisan terletak di kiri, tengah dan kanan mizwalah.
m. Analema, berbentuk nombor lapan, terdiri daripada dua warna; Biru daripada awal Januari sehingga akhir Jun, dan berwarna merah untuk tarikhh diantara awal July sehingga akhir Disember.