Cara Membaca

Prinsip fungsi Mizwalah TaHa ialah bayang peranti (gnomon) Ha, jatuh diatas permukaan Ta. Daripada posisi bayang itu, pelbagai maklumat bagi perkiraan masa dan waktu dapat diperolehi.

Penentuan Waktu

  • Contoh 1, untuk waktu zohor pada 21hb Mac: lihat dimana bayang gnomon berada diatas permukaan mizwalah, waktu yang ditunjukkan adalah 1:14 petang. Boleh dianggarkan dengan mengira bilangan mozek.
  • Untuk mendapatkan Waktu Piawai Malaysia, tambahkan persamaan waktu, daripada gambarajah analema, untuk 21hb Mac, iaitu 7min, untuk mendapatkan waktu zohor 1:21 petang

 

  • Contoh 2, bila bayangan gnomon jatuh atas garisan 3:30 petang pada 26 Okt.
  • Dapatkan persamaan waktu untuk 26 Okt, iaitu -16min.
  • Waktu Piawai Malaysia adalah 3:30 -16min, iaitu 3:14 petang.

Bagi jam 12 tengahari dan 2 ptg, diletakkan analema mengelilingi garisan waktu. Untuk bulan Jan hingga Jun, bahagian analema yang berwarna biru diambilkira. Jika bayang jatuh atas analema, pada bulan tersebut, maka  waktu piawai Malaysia dapat dibaca terus, tanpa perlu menambahkan lagi persamaan waktu.

Untuk bulan Jun hingga JDisember, bahagian analema yang berwarna merah diambilkira. Jika bayang jatuh atas analema, pada bulan tersebut, maka  waktu piawai Malaysia dapat dibaca terus, tanpa perlu menolakkan lagi persamaan waktu.

 

Penentuan Tarikh

  • Beberapa tarikh telah ditandakan dengan garisan melintang. Pada suatu tarikh, bayang hujung gnomon akan mengikuti garisan tarikh berkenaan sepanjang hari.
  • Tarikh yang ingin diperolehi perlu dianggarkan daripada garisan pendek yang menandakan 1hb sesuatu bulan dengan 1hb bulan yang selanjutnya.