Selama lebih tiga dekad, Persatuan telah sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan aktiviti berkaitan Falak Syar’i seperti pendidikan, penyelidikan dan penubuhan institusi di Negara ini. Peratuan bermatlamat utama untuk menghidupkan tradisi keilmuan falak syar’i di kalangan umat.
Antaranya:
- Menghasilkan sofware mymuwaqqit, suatu sistem innovatif, pertama dalam Dunia yang akan membantu penggembara Muslim, atas pesawat, melaksanakan solat dalam waktunya. Cerapan kajian dilakukan diatas pesawat MAS.
- Menjadi pakar rujuk berkerjasama dengan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) MOSTI menganjurkan Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa untuk menyediakan wadah bagi ulama dan ahli falak untuk membincang isu dan mengeluarkan kaedah beribadah di International Space Station (ISS) untuk Angkasawan Malaysia yang pertama.
- Menjadi ahli Panel Pakar Falak JAKIM, bagi penentuan taqwim Hijri, waktu solat dan perkara berkaitan falak syari
- Membantu membangunkan kursus falak di Institusi Pengajian Tinggi saperti, Universiti Sultan Zainal Abidin, USM Pulau Pinang, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia.
- Akademi Falak Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai sebuah pusat latihan yang menganjurkan kursus, latihan dan penerbitan dalam bidang falak.
- Menyebarkan Ilmu Falak ini dikalangan masyarakat umum, terutamanya dikalangan ahli Persatuan, pegawai agama, pelajar sekolah, pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan masyarakat umum. Ini telah dijalankan melalui pameran, kuliah zohor, kuliah Ramadan, penulisan rencana surat khabar dan majalah, dan rancangan televisyen dan radio.